Isnin, 12 Julai 2010

Paru Hitam Manis

Salam semua !!
Salah satu lauk hari ini. Layan respi dulu yer.. takleh nk membebel, sbb si Ryan tengah tido tu. Amik masa sekejap naik atas, update blog ni...



Bahan-bahan
-300gm paru-yang telah direbus dan dipotong kecil
-3 ulas bawang merah*
-2 ulas bawang putih*
-1 inci halia* (semua bahan2 * ditumbuk halus)
-2 sudu besar cili kering kisar
-2 sudu besar sos tiram
-kicap pekat secukupnya -ikut kehitaman masing2 la
-gula
-garam/perasa
-lobak merah-dipotong baji
-kacang pea
-daun sup & daun bawang
-cili merah/hijau dihiris
-bawang merah-dipotong bulat

Cara-cara
1.Tumis bahan2 yang ditumbuk halus ditumis hingga naik bau.
2.Masukkan cili giling dan tumis sampai pecah minyak
3.Masukkan sos tiram dan kicap pekat. Tambah sedikit air.
4.Masukkan paru. Boleh masuk lobak merah untuk empukkannya
5.Tambah gula, garam dan perasa
6.Biar kuah kering sedikit dan bolehlah masuk kacang pea, cili dan bawang merah yang dipotong bulat.
7.Tutup api dan campak daun sup dan bawang. Siap.



Ok...bye dulu ya..

2 ulasan:

Mas berkata...

masak paru ni peberet mas tau..sedapnya...rasa sikit ye kak...

MUMMY SGTv berkata...

ngaper ler ko masak lauk ni......mmg ler feberet ku jua....atoiiiii!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...